Ahad, 28 April 2013

Apa Hukum Berdebat tentang Agama dalam Islam?


28.4.2013









Apa Hukum Berdebat tentang Agama dalam Islam?

Dari Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى كَانُوا عَلَيْهِ إِلَّا أُوتُوا الْجَدَلَ ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذِهِ الْآيَةَ: مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلًا بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُونَ

"Tidaklah suatu kaum tersesat setelah tadinya mereka berada di atas petunjuk kecuali kerana mereka adalah kaum yang senang melakukan perdebatan."

Kemudian baginda membaca ayat ini,

"Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud berdebat sahaja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar." (QS. Az-Zukhruf: 58)
(HR. At-Tirmizi no. 3253, Ibnu Majah no. 47, dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 5633)

Dari Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

"Sesungguhnya orang yang paling dimurkai Allah adalah orang yang paling keras permusuhannya dan yang menentang jika diterangkan hujah kepadanya". (HR. Al-Bukhari no. 2457 dan Muslim no. 2668)

Dari Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ
مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

"Aku akan menjamin sebuah rumah di tepi syurga bagi siapa sahaja yang meninggalkan perdebatan meskipun dia yang benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi siapa sahaja yang meninggalkan kedustaan walaupun dia sedang bergurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi siapa sahaja yang berakhlak baik." (HR. Abu Daud no. 4800 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 1464)

Perdebatan dalam agama yang tidak sesuai dengan aturan syarie merupakan salah satu di antara penyakit lisan yang sangat merbahaya. Ia merupakan sebab terjadinya perpecahan, pemutusan hubungan, saling menjauhi di antara sesama kaum muslimin. Perdebatan juga menjadi sebab keras dan sesaknya hati kerana akan melahirkan sifat dengki kepada kaum muslimin lainnya, juga menyumbang kepada pembaziran masa akibat berdebat tetapi mengurangkan manfaat yang lahir dari perdebatan tersebut.

Oleh sebab yang demikian maka Allah SWT dan Rasulullah SAW telah menutup semua wasilah menuju kepada perdebatan yang tidak bermanfaat, dengan memberikan janji syurga kepada orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia berada di pihak yang benar, dan sebaliknya Allah SWT sangat murka kepada orang-orang yang cenderung untuk terjun ke dalam kancah perdebatan tanpa mengindahkan aturan-aturan syariat di dalamnya.

Dan telah benar Allah SWT dan Rasulullah SAW, bahawa setiap orang yang terjun ke dalam perdebatan yang tidak berguna pasti akan berakhir pada kesesatan, kecuali mereka yang masih dirahmati oleh Allah SWT, dan sangat sedikit sekali jumlah mereka ini. Tidakkah kita mengambil pelajaran dari orang-orang yang terdahulu sebelum kita, yang mereka ini lebih berilmu dibandingkan kita, bagaimana akhirnya mereka terjerumus ke dalam kesesatan akibat mereka berdebat dalam masalah agama, walaupun ada segelintir di antara mereka yang masih dapat kembali kepada kebenaran. Sebut sahaja di antaranya: Jahm bin Shafwan penyebar mazhab Jahmiah, Washil bin Atha’ pencetus mazhab Mu’tazilah, Imam Al-Ghazali, Fakhrur Razi, Asy-Syahrastani, dan selainnya.
Justeru para ulamak di setiap zaman menegaskan dalam kitab-kitab akidah mereka, bahawa di antara ciri khas ahlussunnah adalah menjauhi semua bentuk perdebatan. Ertinya, siapa sahaja yang terjun dalam perdebatan dalam agama maka dia telah bermain-main di daerah terlarang, yang akan mengeluarkan dia dari ahlussunnah. Hanya sahaja walaupun demikian, para ulamak tetap memberikan persyaratan yang sangat ketat mengenai bilakah perdebatan dibolehkan. Ia adalah kerana ada segelintir ulamak (tidak banyak) yang diketahui mengadakan perdebatan dengan pengikut hawa nafsu (seperti Imam Ahmad, Utsman bin Said Ad-Darimi, dan Ibnu Taimiah), bahkan para Nabi-pun berdebat dengan kaumnya.

Maka dengan ini menunjukkan bahawa hukum asal perdebatan dalam agama adalah haram, kecuali jika memenuhi syarat-syaratnya, iaitu:

1. Ikhlas dengan tujuan meninggikan kalimah Allah SWT, bukan dengan niat mensensasikan isu.
2. Orang yang berdebat harus benar-benar mahir keilmuannya dalam masalah yang dia perdebatkan. Jika dia orang yang jahil atau ilmunya masih setengah-setengah maka diharamkan atasnya.
3. Dia yakin -atau dugaan besar- diaboleh menang. Jika dia tidak yakin boleh menang maka dia wajib meninggalkan perdebatan itu.
4. Ada kemungkinan pihak lawan jika dia kalah maka dia akan kembali kepada kebenaran. Jika pihak lawan diketahui sebagai orang yang keras kepala dan tidak akan bertaubat walaupun kalah maka tidak boleh berdebat dengannya.
5. Jika dia tidak berdebat maka kebenaran akan tertutup dan kebatilan yang akan menyebar.
6. Ada maslahat darinya, baik yang kembalinya kepada pihak lawan dengan dia bertaubat mahupun yang kembalinya kepada masyarakat dengan mereka menjauhi pihak lawan tersebut. Adapun jika tidak ada manfaatnya sama sekali, walaupun mereka kalah tetapi masyarakat tetap tidak goyah dalam mengikuti mereka maka ini perdebatan itu adalah perbuatan sia-sia.

Ahlus Sunnah wal Jama’ah Melarang Perdebatan dan Permusuhan Dalam Agama. Kerana Rasulullah SAW telah melarang dari hal tersebut.

Dalam Ash-Shohihain dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:

اِقْرَأُوْا الْقُرْآنَ مَا ائْتَلَفَتْ عَلَيْهِ قُلُوْبُكُمْ فَإِذَا اخْتَلَفْتُمْ فَقُوْمُوْا عَنْه
ُ
"Bacalah Al-Qur`an selama hati-hati kalian masih bersatu, maka jika kalian sudah berselisih maka berdirilah darinya".

Dan dalam Al-Musnad dan Sunan Ibnu Majah –dan asalnya dalam Shohih Muslim- dari Abdullah bin Amr :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ وَهُمْ يَخْتَصِمُوْنَ فِي الْقَدْرِ فَكَأَنَّمَا يَفْقَأُ فِي وَجْهِهِ حُبُّ الرُّمَّانِ مِنَ الْغَضَبِ، فَقَالَ : بِهَذَا أُمِرْتُمْ ؟! أَوْ لِهَذَا خُلِقْتُمْ ؟ تَضْرِبُوْنَ الْقُرْآنَ بَعْضَهُ بِبَعْضٍ!! بِهَذَا هَلَكَتِ الْأُمَمُ قَبْلَكُمْ

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah keluar sedangkan mereka (sebahagian sahabat) sedang berselisih tentang takdir, maka memerahlah wajah baginda bagaikan merahnya buah rumman kerana marah, maka baginda bersabda:

"Apakah dengan ini kalian diperintah?! Atau untuk inikah kalian diciptakan?! Kalian membenturkan sebagian Al-Qur’an dengan sebagiannya!! Kerana inilah umat-umat sebelum kalian binasa".

Bahkan telah datang hadith (yang menyatakan) bahawa perdebatan adalah termasuk dari siksaan Allah SWT kepada sebuah umat. Dalam Sunan At-Tirmidzy dan Ibnu Majah dari hadith Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda :

مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى كَانُوْا عَلَيْهِ إِلاَّ أُوْتُوْا الْجَدَلَ، ثُمَّ قَرَأَ : مَا ضَرَبُوْهُ لَكَ إِلاَّ جَدَلاً

"Tidaklah sebuah kaum menjadi sesat setelah mereka dulunya berada di atas hidayah kecuali yang suka berdebat, kemudian beliau membaca (ayat) "Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah sahaja"."

Imam Ahmad Rahimahullah berkata :

"Pokok-pokok sunnah di sisi kami adalah berpegang teguh dengan apa yang para sahabat Rasulullah SAW berada di atasnya dan mencontoh mereka. Meninggalkan semua bid'ah dan semua bid'ah adalah sesat. Meninggalkan permusuhan dan (meninggalkan) duduk bersama orang-orang yang memiliki hawa nafsu. Dan meninggalkan perselisihan, perdebatan dan permusuhan dalam agama."

Perdebatan Yang Tercela:

Iaitu semua perdebatan dengan kebatilan, atau berdebat tentang kebenaran setelah jelasnya, atau perdebatan dalam perkara yang tidak diketahui oleh orang-orang yang berdebat, atau perdebatan dalam mutasyabih (1) dari Al-Quran atau perdebatan tanpa niat yang baik dan yang seumpamanya.

Perdebatan Yang Terpuji:

Adapun jika perdebatan itu untuk menampakkan kebenaran dan menjelaskannya, yang dilakukan oleh seorang alim dengan niat yang baik dan konsisten dengan adab-adab (syarie) maka perdebatan seperti inilah yang dipuji. Allah SWT berfirman:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik". (QS. An-Nahl : 125)

Dan Allah SWT berfirman:

وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

"Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik". (QS. Al-‘Ankabut : 46)


Dan Allah SWT berfirman:

قَالُوا يَانُوحُ قَدْ جَادَلْتَنَا فَأَكْثَرْتَ جِدَالَنَا فَأْتِنَا بِمَا تَعِدُنَا إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ

"Mereka berkata: "Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami, dan kamu telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar." (QS. Hud : 32)

Contoh-Contoh Perdebatan Syarie:

Allah SWT mengkhabarkan tentang perdebatan Ibrahim AS melawan kaumnya dan (juga) Musa AS melawan Fir’aun. Dan dalam As-Sunnah disebutkan tentang perdebatan antara Adam dan Musa AS. Dan telah dinukil dari salafus shaleh banyak perdebatan yang semuanya termasuk perdebatan yang terpuji yang terpenuhi di dalamnya (syarat-syarat berikut) :

1. Ilmu (tentang masalah yang diperdebatkan).
2. Niat (yang baik).
3. Mutabaah.
4. Adab dalam perdebatan.

Sabtu, 27 April 2013

 
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
 
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]
 
 
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
 
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?
 
Jahimah menjawab: “Ya.
 
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]
 
 
Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya.[3] Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
 
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
 
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]
 
 
Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah:
 
  1. Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…[al-Ahqaf 46:15]
  2. Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…
  3. Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: …dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]
 
 
Berkenaan kesusahan yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.
 
Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.
 
Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?
 
Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya).[4]
 
  4.   Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya anaknya tidak
sihat atau hilang sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.
 
Kenalilah perhatian seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah berikut daripada al-Qur’an, ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya (Musa) agar dia (Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh Fir’aun:
 
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)
lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul Kami.
 
Setelah itu dia (Musa) dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh
dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya
adalah golongan yang bersalah.
 
Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun:
“(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya;
mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak.”
Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).
 
Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).
 
Dan berkatalah dia kepada kakak Musa:
“Pergilah cari khabar beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh
sedang orang ramai tidak menyedarinya.
 
Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata (kepada isteri Fir’aun):
“Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”
 
Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya
dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui
(yang demikian itu). [Maksud surah al-Qasas 28:7-13]
 
  5.   Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah kepada membesarkan,
seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.
 
Lima sebab di atas, paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu di atas seorang ayah. Malah hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak tiga kali ganda lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah. Oleh itu dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa, hendaklah kita memberi perhatian dan keutamaan kepada ibu.
 
Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?
 
Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?
 
Dia menjawab: “Tidak.”
 
Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.
 
Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?
 
Ibn ‘Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.[5]

 

Rabu, 17 April 2013

CARA MENYEMBUHKAN HATI YANG HIBA


Ust. Apa patut kita lakukan untuk hati yang hiba, harap penjelasan ust untuk selesaikan masalah saya ini.

Jawapan

Setiap manusia yang dijadikan Allah dibekalkan dengan akal dan emosi agar manusia boleh menjalankan kehidupan dengan sebaik yang mungkin. Emosi perlu dikawal oleh akal dan akal pula perlu dikawal oleh iman. Jika ketiga-tiga ini ada di dalam diri manusia, maka sudah pasti ia akan menjadi manusia yang baik dan soleh. Bergantung kepada cara individu tersebut untuk mengawal emosinya agar tidak keterlaluan dan sentiasa berada dalam keadaan normal. Emosi yang hanya berpandukan kepada akal semata-mata akan menjadi sesat dan jauh menyimpang dari ajaran Islam. Contoh yang dapat kita lihat sekarang seperti ramai umat Islam yang sanggup membunuh diri kerana kekecewaan yang sangat. Ada pula yang sanggup membunuh atau mencederakan orang lain kerana terlalu marah. Tetapi apabila ia dikawal oleh akal dan iman sudah tentu orang yang sedih akan pasrah kerana ia tahu bahawa itu adalah ketentuan Allah dan setiap perkara itu ada hikmah disebaliknya.

Hati yang hiba tidak boleh kita hapuskan dan ia merupakan sebahagian daripada emosi yang telah dianugerahkan kepada manusia. Caranya untuk mengawal hati yang hiba ini ialah kembali kepada Islam seperti yang saya tegaskan di atas. Islam mempunyai penawar yang mujarab bagi mengubati segala penyakit manusia sama ada rohani atau jasmani. Hal ini sangat berbeza dengan agama-agama yang lain kerana mereka tidak ada asas pembinaan rohani kepada setiap umat mereka.

Membaca Al-Quran

Al-Quran adalah ubat yang sangat mustajab kepada manusia bagi menghilangkan perasaan hiba dan segala penyakit hati dan jasad. Setiap orang yang membaca Al-Quran akan menjadi tenang dan Allah akan memberikannya jalan keluar atas segala kesulitan yang dihadapi olehnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Al-Isra : 82)

Seorang lelaki datang berjumpa dengan Ibnu Mas’ud. Dia mengeluh dan berkata “Wahai Ibnu Mas’ud nasihatilah aku dan berilah penawar untuk jiwaku yang gelisah ini, aku tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiran aku bercelaru. Ibnu Mas’ud menjawab “kalau begitu bacalah Al-Quran atau engkau mendengar orang membaca Al-Quran.

Mengunjungi Tempat Pengajian

Mengunjungi tempat pengajian juga merupakan cara untuk mendidik jiwa agar mengenali dan sentiasa mengingati Allah. Tidak rugi orang yang sentiasa mengunjungi tempat pengajian, kerana di dalam pengajian tersebut dipenuhi dengan nasihat, ilmu, ayat-ayat Al-Quran dan hadis. Ini bertujuan untuk mendidik nafsu dan emosi kita agar sentiasa bertindak mengikuti kehendak Allah dan tidak menyalahi syarak. Menuntut ilmu adalah amalan yang sangat baik dan sangat dituntut oleh Islam dan ia juga merupakan fardu ain bagi sekalian umat Islam.

Telah Berkata Muadz bin Jabal : “Pelajarilah Ilmu, karena mempelajari ilmu merupakan bentuk Khosyah (takut) kepada Allah, Menuntutnya adalah ibadah dan mempelajarinya secara bersama-sama adalah tasbih”.

Jelas di sini, orang yang rajin menuntut ilmu atau menghadiri kelas-kelas pengajian ilmu, seolahnya ia sentiasa bertasbih dan berzikir kepada Allah. Segala kepayahan, kesukaran dan kesedihan yang dihadapi olehnya akan terubat dan ia tahu bagaimana untuk bertindak sesuai dengan tuntutan Islam. Ini berbeza dengan orang yang tidak menuntut ilmu, kerana mereka sering melakukan kesalahan dalam tindakan mereka dan kadang-kadang ibadah yang dilakukan juga silap. Perkara sebegini sangat bahaya dan sangat merugikan orang yang tidak berilmu.

Sentiasa Berzikir

Untuk menghilangkan perasaan hiba yang dialami oleh seseorang, maka hendaklah ia sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Perasaan hiba ini berlaku apabila hati seseorang itu terluka. Untuk merawat hati yang terlupa memerlukan suatu kaedah yang rohaniah dan tidak boleh menggunakan ubat-ubatan farmasi atau klinik. Zikir adalah ubat yang sangat mustajab dan sangat mempengaruhi hati seseorang yang selalu berzikir.

Jika ia berjalan tersepak batu mulutnya terus menyebut “Allah Akbar”, setelah kekenyangan dia menyebut “Alhamdulillah”, apabila ia terperanjat atau melihat sesuatu yang menakjubkan dia menyebut “Subhanallah”. Inilah yang dikatakan orang yang memiliki hati yang hidup dan sentiasa mengingati Allah. Firman Allah yang bermaksud :

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar-Rad : 28)

Mengerjakan Solat

Solat merupakan ibadah yang paling penting di dalam Islam, tanpa mendirikan solat! ibadah lain juga turut ditolak. Jadi kita sebagai umat Islam, jangan sesekali mensia-siakan amanah yang diperintahkan Allah ini pada setiap hari dan waktu, walaupun sibuk dengan tugasan harian, namun solat sesekali tidak pernah ditinggalkan. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama”. (Riwayat Baihaqi)

Berkata Dr. Musfir Bin Said Az-Zahrani bahawa solat adalah satu nama yang menunjukkan adanya ikatan yang kuat antara hamba dengan Tuhannya. Dalam solat, hamba seolah berada di hadapan Tuhannya dan dengan penuh kekhusyukannya memohon banyak hal kepadaNya. Perasaan ini akhirnya boleh menimbulkan adanya kejernihan spiritual, ketenangan hati dan keamanan diri di kala ia mengerahkan semua emosi dan anggota tubuhnya mengarahkan kepadaNya dengan meninggalkan semua kesibukkan dunia dan permasalahannya. Pada saat solat ia boleh sepenuhnya memikirkan Tuhannya tanpa ada interaksi dari sesiapa pun hingga pada saat itulah ia merasakan ketenangan dan akalnya pun seolah menemukan waktu rehatnya.

Jelas di sini, bahawa solat adalah sebahagian dari terapi yang boleh mengubati jiwa seseorang yang berada di dalam keadaan hiba. Semasa mendirikan solat, seseorang itu harus mengosongkan jiwa dan raganya untuk member sepenuh tumpuan kepada Allah. Segala yang berlaku sebelum solat telah diredhokannya kerana ia hendak memfokuskan seluruh hatinya kepada solat dengan harapan mendapat khusyuk kepada Allah. Secara tidak langsung, kita tidak mempunyai perasaan iri hati dan dendam kepada sesiapa yang melakukan masalah kepada kita kerana telah redho kepada ketentuan dan ketetapan Allah. Dua perkara yang dapat kita hindar setelah menunaikan solat iaitu perasaan hiba atau kecewa dan perasaan ingin melakukan kejahatan yang jelas dilarang oleh Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ (Al-Ankabut : 45)

Amat rugi bagi orang yang mendirikan solat secara sambil lewa tanpa ada semangat untuk melaksanakan solat dengan baik sepertimana yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Solat yang tidak sempurna diibaratkan seperti kain buruk dan kain itu akan dicampakkan oleh Allah ke muka kita apabila dihari perhitungan nanti.

Bersangka Baik Kepada Orang

Salah satu sifat yang disarankan oleh Islam ialah bersangka baik kepada orang lain (husnuzon) dan ia adalah salah satu dari sifat mahmudah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Punca timbulnya rasa tidak tenang kepada orang lain adalah kerana kita mempunyai perasangka yang tidak baik kepada orang lain sehingga menyebabkan hubungan kita dengan orang tersebut tidak selesa. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Sikap berbaik sangka ada banyak kebaikannya di antara diri kita dan orang lain. Orang yang berbaik sangka sentiasa mudah untuk menerima orang lain di dalam kehidupannya walaupun orang tersebut tidak mempunyai apa-apa pertalian darah darinya. Walaupun begitu, dia menganggap orang lain seperti saudaranya yang dekat dan sentiasa mudah untuk membantu dan menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain. Malah inilah perkara yang dianjurkan oleh Islam, kerana setiap umat Islam itu adalah bersaudara. Ibarat tangan kanan dicubit tangan kiri juga turut merasai kesakitannya.

Selain dari itu, hubungan persaudaraan sesama Islam menjadi lebih baik dan lebih inteam di antara satu sama lain. Ini berlaku adalah disebabkan oleh perasaan yang bebas dan hati yang terbuka dari sebarang sikap dan sifat yang buruk terhadap saudaranya yang lain. Segala kesalahan dan teguran dari orang lain akan dinilai olehnya dengan positif, jika teguran itu baik menuruti lunas-lunas undang-undang Islam akan diterimanya dengan tenang. Manakala yang tidak menepati kehendak Islam akan ditolaknya dengan alasan yang baik dan terbuka. Sekiranya orang lain melakukan kesalahan kepadanya seperti mencerca dan menyakiti hatinya, ia akan segera memaafkan orang tersebut dan diubati kesakitannya dengan zikir dan mengingati Allah.

Penutup

Segala garis panduan yang diberikan di sini, boleh mengubati perasaan yang hiba itu, kerana hati yang hiba tidak boleh diubati dengan ubat, ia mesti diubati dengan rawatan rohani yang hanya terdapat di dalam agama Islam sahaja. Islam meliputi semua aspek iaitu rohani dan jasmani dan merupakan pelengkap kepada kehidupan manusia. Setiap apa yang berlaku kembalilah kepada agama Islam, nescaya Islam itu mempunyai kaedah yang tersendiri dan mampu mengubati seluruh penyakit yang ada pada manusia. Selain itu, segala ibadah yang dilakukan dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah dan menjadikan kita seorang hamba yang baik dan soleh. Hal ini semua boleh diperolehi, jika segala ibadah dilakukan dengan sebaik yang mungkin seperti ikhlas dan tanpa ada apa-apa perasaan sebaliknya.

Selasa, 16 April 2013

12 Perkara Penting Tentang Cinta!

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Biodata SUDIRMAN

Dato' Sudirman bin Haji Arshad (25 Mei 1954 - 22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau telah memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTM 1976" pada 11 Ogos 1976. Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran "Penghibur Nombor 1 Asia" (pada 19 Mac 1989) dari Pahang, Malaysia sebelum kehadiran Siti Nurhaliza. Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti "Penghibur Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat" dan "Elvis Malaysia". Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.
                                                                                                                                                                   
Beliau dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di No. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Beliau merupakan anak kepada Hajah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan. Bapanya mendapat ilham untuk menamakan beliau sebagai "Sudirman" dengan mengikut sempena nama seorang pahlawan dari Indonesia, Soedirman kerana mahukan anaknya menjadi seorang pahlawan yang hebat. Beliau juga mesra disapa sebagai "Diman" oleh ahli keluarganya. Ibu bapanya pernah menjual kain ela dan pakaian. Ibunya juga mengambil upah untuk membuat sulaman dan membuka kelas jahitan. Banyak peniaga di sekitar kawasan pekan sering mengambil upah dari ibunya.
Selain itu, ibunya juga seorang wanita yang aktif dalam arena politik sebagai Ketua Kaum Ibu UMNO (perhubungan Negeri Pahang) dan Wakil Rakyat Pertama (1955) mewakili kawasan Triang (bahagian Temerloh), telah meninggal dunia pada tahun 1959 pada usia muda iaitu 32 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran di Temerloh, Pahang. Selepas kematian isterinya, bapanya pernah berkahwin dengan Mariam binti Mohamad yang berasal dari Kampung Dala, Lancang. Pasangan ini telah dikurniakan dua orang anak iaitu Baharom dan Maslina. Bapanya meninggal dunia pada tahun 1978 dan sempat untuk melihat kejayaan anaknya yang kian meningkat.
Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain iaitu Zainuddin, Rodziah, Basir (Morni), Roslan dan Roaini. Sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.

Sudirman bersama rakan sekelasnya
Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah Abu Bakar di Mentakab, Pahang (1963-1968), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia di Temerloh, Pahang (1969-1971) sehingga beliau menamatkan Tingkatan 3 dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar di Kuantan, Pahang (1972-1975) sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6.[1] Sebelum memasuki Tingkatan 6, beliau menjalani kursus persediaan di Universiti Teknologi Mara (dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara), Petaling Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu.

Sudirman semasa membuat persembahan di Bintang RTM 1976
Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran dalam Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.
Beliau mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Dewan Pay Fong, Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu "Seruling Bamboo" dan "Big Spender In The Cabaret". Pada peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan seperti "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar yang menggeleber yang dipakainya. Para penonton menyukai caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu "Jali Jali", sebuah lagu klasik dari Indonesia. Para penonoton telah melihat dengan jelas sekali bahawa suaranya memang unik.

Perkahwinan


Gambar perkahwinan
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, pada 14 Februari 1981, Sudirman menamatkan zaman bujangnya apabila berkahwin bersama kekasih pilihan hati yang telah dikenali sejak kecil Kamariah "Kay" Jamaluddin, seorang gadis yang bekerja di Petronas. Para peminat menyambut berita itu dengan gembira. Bagaimanapun, perkahwinan itu cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman di antara mereka. Pasangan ini tidak mempunyai anak.
Sahabat baik Sudirman, Noorkumalasari pernah berkata bahawa suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. "Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung," kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay.
Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum "Masih Kuingat Lagi", beliau menulis, dua perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.
Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir penceraian menerusi lagunya "Terasing" dan "Merisik Khabar", malah beliau turut mencipta lagu "Setiamu Tiada Lagi" dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.[2]

Tema Lagu

Nama Sudirman sebagai penghibur rakyat yang berwawasan terus subur di hati para peminat. Lagu-lagu dendangannya berjaya menggambarkan kehidupan seharian rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang Malaysia.
Lagu-lagunya ada untuk pelajar sekolah, pekerja kilang, jururawat dan gadis desa seperti lagu "Pesan Abang", "Jamilah (Untuk Jururawat)", "Sepetang di Pinggir Bukit", "Orang Kampung" dan banyak lagi. Ada lagu sentimental berkisar kepada alam percintaan hingga kepada lagu-lagu berunsur nasihat, patriotik, keamanan sejagat dan mencintai tuhan.

Anak Muda dan Anak Desa

Sudirman memberikan nilai baru kepada kampung halaman apabila menyanyikan lagu "Hidup Sederhana (Basikal Tua)" dan "Anak Gembala" dengan tempo yang rancak dan girang.
Lagu seperti "Apa Khabar Orang Kampung" mengajak peminatnya supaya jangan lupa pada asal usul kita. Lagu "Balik Kampung" merupakan suatu kemestian bagi para perantau yang berpusu-pusu pulang ke kampung pada setiap menjelangnya hari raya, namun ia bukanlah pencetus keceriaan tetapi lebih kepada sentuhan rohani.
Ketika bermula era "siswazah menganggur", beliau terlebih dulu menyingkapkan dalam lagu "Aku Penganggur". Sekalipun lagu ini berentak rancak tetapi isu yang dilontarkan tentang stigma penganggur sampai kepada sasaran.
Lagu "Aku dan Duniaku" menceritakan Sudirman dengan dunia pilihannya, manakala lagu seperti "Baru Dapat Kerja", "Orang Muda" dan "Pulang Dari Kilang" adalah paparan mengenai jiwa dan perasaan orang muda, terutama yang baru bekerja.

Berunsur Nasihat

Lagunya mengajak masyarakat menghargai alam sekitar, menyedari kepentingan pendidikan, menghormati dan yakin pada diri sendiri, disiplin dan jangan mudah lupa asal usul atau jati diri.
Sudirman mengabadikan puisi nukilan Allahyarham J. M. Aziz iaitu "Penyu Menangis" yang sebenarnya mengenai rayuan seekor penyu agar manusia menghentikan pencemaran alam sekitar.
Lagu "Pesta Dunia" mencela manusia-manusia di negara kaya yang membazirkan makanan dan memperpanjangkan kebuluran di negara-negara miskin. Pada tahun itu, lagu ini telah memenangi kategori lagu terbaik dan penyanyi terbaik di South East Asia Song Festival.
Manakala lagu-lagu seperti "8 Ke 4 ¼ (Punch Card)" dan "Chow Kit Road! Chow Kit Road!" bukan saja menghiburkan dan sedap didengar tetapi juga mempunyai mesej.

Semangat Patriotik


Sudirman sememangnya berjiwa patriotik
Sudirman pernah mencoretkan catatan pada kulit album dalam bentuk piring hitam yang bertajuk Abadi bahawa EMI dan penerbitnya ketika itu, S. Atan tidak yakin untuk menerbitkan album patriotik kerana bimbang masyarakat tidak dapat menerimanya. Tetapi demi kecintaannya kepada Malaysia, beliau berkata sekurang-kurangnya biarlah ada satu album patriotik untuk seumur hidupnya. Dalam album Abadi, terkandung lagu "Warisan", "8 Ke 4 ¼ (Punch Card)", "Kehadiranku", "31 Ogos" dan "Tegakkan Bendera Kita". Album itu tidak mendapat sambutan sebagaimana album komersilnya yang lain. Namun, tidak siapa menyangka, album patriotik Sudirman itu mendapat perhatian sampai kini. Lagunya sering berkumandang setiap tahun ketika negara menyambut hari kemerdekaan.
Suara bangga dan kagum pada negara, agama dan bangsa serta tokoh pemimpin diluahkan oleh Sudirman menerusi lagu "Radio Malaysia", "Bapak" (ditujukan kepada Bapa Kemerdekaan, Y. T. M. Tunku Abdul Rahman), "Kul it!" (mengenai perpaduan kaum) serta "One Thousand Million Smiles".
Beliau turut menyanyikan lagu yang ditujukan khusus kepada Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul "Mama". “Mama (panggilannya kepada Saloma) tidak percaya bila saya membuka mulut meminta kebenaran untuk saya cipta lagu untuknya. Kata Mama, P. Ramlee enggan cipta lagu untuknya kerana Saloma adalah miliknya, dan tidak perlu cipta lagu lagi,” kata Sudirman pada April 1983.
Beliau meninggalkan lagu "Salam Terakhir" dan "Dari Jauh Ku Pohon Maaf" yang memberi makna besar kepada peminatnya.
Walau apapun terjadi, bagi Sudir, perjuangan Sudir dalam bidang seni tiada noktahnya. Selagi nadi ini masih berdenyut, selagi peminat masih meminati Sudir, selama itulah Sudir berjuang dalam dunia hiburan.
Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya.

Kerjaya Sebagai Seorang Artis

Menyertai World ABU Song Contest Singapore 1985


Sudirman semasa menyanyikan lagu Pesta Dunia
Beliau pernah menyertai World ABU Song Contest yang diadakan di Singapura pada tahun 1985. Beliau mewakili Malaysia dan hanya berjaya mendapat tempat ke-5 daripada 14 peserta yang bertanding. Para peserta terdiri daripada 14 buah negara di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Indonesia, Korea, Australia, Sweden, Fiji dan beberapa negara yang lain. Beliau juga diiringi oleh komposer, Manan Ngah. Beliau membawakan lagu ‘‘Pesta Dunia’’, sebuah lagu ciptaan Manan Ngah manakala liriknya pula ditulis oleh Habsah Hassan. Perkara ini juga membawa kepada tercetusnya idea Habsah Hassan untuk menghasilkan lirik lagu ‘‘Salam Terakhir’’ apabila Sudirman meluahkan rasa hatinya dengan menyatakan bahawa dia tidak mungkin hidup lama.[3]

Bergelar Duta Nyanyian

Pada tahun 1986, Pelancongan Malaysia telah melantiknya sebagai "Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia". Semasa Persidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) yang ke-35 di Kuala Lumpur, beliau mempopularkan lagu "Cintai Malaysia, Kenali Malaysia" (To Know Malaysia Is To Love Malaysia) ciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat. Lagu ini juga menjadi lagu tema semasa kempen Tahun Melawat Malaysia.
Beliau juga dilantik sebagai duta bagi pelbagai syarikat terkenal seperti Proton, Malaysia Airlines, Honda Cup dan "honored pioneer card member" dengan Hong Leong Bank.

Konsert di Jalan Chow Kit


Chow Kit dipenuhi kira-kira 100 ribu orang yang mahu menyaksikan persembahan Sudirman pada tahun 1986
Pada 15 April 1986,[4] Sudirman menempa nama di dalam Malaysian Book of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat serta memukau hampir 100 ribu warga kota untuk berpusu-pusu membanjiri jalan itu. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah ‘‘Chow Kit Road! Chow Kit Road!’’ dan diakhiri dengan lagu patriotik sambil memakai bendera Malaysia.
Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah tempat untuk golongan marhaen. Jalan Chow Kit menjadi simbol untuk orang-orang kebanyakan yang juga peminat beliau. Maka, konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel atau dewan untuk suatu konsert. Perkara ini juga telah memberitahu kita bahawa beliau bukan seorang yang materialistik.

Penghibur Nombor 1 Asia


Sidang media oleh Sudirman
Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai "Penghibur Nombor 1 Asia" pada "Asian Popular Music Awards". Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Saleem Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London. Beliau merupakan penyanyi yang pertama dari Malaysia yang pernah memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. Dalam pertandingan tersebut, beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris "One Thousand Million Smiles" dan "Send In The Clown" dengan menggayakan aksi lucu ala-ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan serta membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil dari negara lain yang lebih hebat popularitinya.
Lagu "One Thousand Million Smiles" dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Studio Abbey Road, tempat rakaman album bagi penyanyi berpengaruh seperti The Beatles. Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Persembahan

Sudirman merupakan seorang artis yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Beliau lincah dengan showmanship di pentas, sesuatu yang kurang kelihatan pada zamannya, dan memiliki pelbagai koleksi pakaian beraneka fesyen yang digunakan sewaktu persembahan. Sudirman pernah muncul dalam acara penutup Sukan SEA 1989 yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur dengan penampilannya berbeza, beliau mengenakan baju bendera sambil mengibarkan Jalur Gemilang (ketika itu Bendera Malaysia) yang besar.
Semasa Pertandingan Juara Lagu TV3 1987, Sudirman memenangi Anugerah Persembahan Terbaik kerana persembahannya begitu menyayat hati sewaktu mendendangkan lagu "Merisik Khabar" dengan petikan pemetik api simbolik beliau.
Malah beliau merupakan satu-satunya seniman yang boleh menyanyi dengan fasih pelbagai bahasa (bahasa Inggeris, Tamil, Cina dan Hindi) serta mengubah lagu sehingga berjaya mencuri hati setiap golongan masyarakat.

Sudirman & The Girls
Sepanjang persembahannya, Sudirman diiringi band pengiringnya (The Glue), kumpulan penari (The Girls) dan penyanyi latar (The Giggles). Biarpun sibuk dan sudah dikenali, beliau masih meluangkan masa untuk belajar vokal dari penyanyi klasik terkenal bernama Florence Fong.
Sudirman juga seorang yang bijak bekerja. Dia bekerjasama dengan produser, suka berkongsi idea dengan penerbit untuk menghasilkan yang terbaik. Beliau memiliki kreativiti yang amat besar. Dengar saja penghayatan lagu yang dinyanyikannya. Beliau juga amat unik dengan penjiwaan di atas pentas. Bukan saja kerana nyanyian beliau, tapi tingkah lakunya yang sungguh terbuka, bekerja keras, menghormati seni dan rakan-rakannya dikagumi menjadikannya seorang insan istimewa.
Kejayaan Sudirman sebagai penghibur itu juga tidak dapat lari dengan lagu-lagu popular gubahan komposer terkenal seperti Datuk Ahmad Nawab, Ooi Eow Jin, S. Atan, Manan Ngah, Osman Ghani, Kassim Masdor dan M. Nasir, selain lirik puitis oleh Habsah Hassan menerusi luahan rasa sebenar penyanyinya. Habsah Hasan turut menulis skrip untuk Sudirman semasa membuat persembahan rancangan RTM dan majlis makan malam.
Beliau juga aktif di dalam Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) dan dilantik menjadi Timbalan Presiden PAPITA untuk satu penggal. Semasa hayatnya, Sudirman sangat mengutamakan pemilikan hak cipta. Dia mempertahankan nama dan haknya bagi memastikan tidak ada pihak ketiga mengambil kesempatan.
Beliau mempunyai ramai kenalan rapat, diantaranya dari kalangan wartawan (Bahyah Mahmood, Intan Zabidin, Saodah Ismail, Ku Seman Ku Hussain, Fauziah Samad, Adam Salleh, Tajaiyah Ihsan, Fatimah Hassan, Mokhtar Alias, Mama Juwie, Huzz, Muzlina, Zubairi Zabidin) dan kalangan artis (Noor Kumalasari, Sharifah Aini, Anita Sarawak, Yusni Jaafar, Sarimah, Zaiton Sameon, Ramli MS).

Kematian

Pada 17hb. Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal, Kuala Lumpur selama 4 hari. Beliau telah dilaporkan pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi beliau dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rodziah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.
Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya, Datin Rudiah binti Haji Arshad yang beralamat di No. 16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - berdekatan dengan pusara orang tuanya (selang beberapa baris). Ribuan peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang bergelar "Tun") telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai suatu kehilangan yang besar bagi dunia hiburan tanah air.

Pencapaian Sudirman

Sepanjang hayatnya dan selepas pemergiannya, beliau telah menerima beberapa anugerah dalam bidang seni serta pingat kebesaran.
Tahun Anugerah Kategori Nota Hasil
1976 Juara Bintang RTM 1976 Solo
Menang
1977 Penghibur Terbaik RTM 1977 Tiada Beliau memenangi kategori ini menerusi rancangan Lukisan Irama iaitu terbitan oleh Doreen Chia Menang
1978 Anugerah Seri Angkasa Penghibur TV Terbaik
Menang
1982 Festival Filem Malaysia Ke-3 Pelakon Lelaki Terbaik
Dicalonkan
1985 Anugerah Seri Angkasa Penghibur TV Terbaik
Menang
Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985 Tiada
Menang
1987 Anugerah Juara Lagu 1987 Persembahan Terbaik Beliau memenangi kategori ini melalui lagu ‘‘Merisik Khabar’’ Menang
Anugerah Bintang Cemerlang 1987 Penyanyi Lelaki Cemerlang Terbaik Menang
1989 Anugerah Bintang Popular 1989 Penyanyi Lelaki Popular
Menang
Asia's Number One Performer 1989 Tiada
Menang
The Guinness Stout Effort Award Tiada
Menang
1988 Pingat Ahli Mangku Negara


1992 Pingat Ahli Mahkota Pahang
Beliau dianugerahkan pingat ini oleh Sultan Pahang
Darjah Johan Mangku Negara
Anugerah ini disampaikan kepada beliau bersempena ulangtahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada 6 Jun 1992
1993 Penghibur No. 1 Malaysia Tiada Anugerah ini diberikan oleh akhbar New Straits Times Menang
Anugerah Industri Muzik Anugerah Khas
Menang
2009 Darjah Indera Mahkota Pahang
Beliau mendapat gelaran Dato' oleh Sultan Pahang selepas kematiannya pada tahun 1992. Kakaknya, Datin Rodziah Arshad mewakili beliau untuk menerima pingat ini.
Bukan gelaran jadi ukuran... Tetapi bakti yang disumbangkan.

Penulis dan Pelukis Kartun

Sewaktu hayatnya, selama 10 tahun, Sudirman menjadi kolumnis ruangan ‘Teringat-ingat’ dalam majalah hiburan URTV, terbitan Utusan Melayu. Beliau juga menjadi residen writer di Kumpulan Karangkraf. Tugasnya setiap hari ialah menulis dan melukis untuk majalah-majalah terbitan Karangkraf waktu itu seperti Bacaria, Nona, Media Hiburan, Mingguan Kanak-kanak dan Remaja. Idea itu adalah ideanya sendiri, lukisannya sendiri. Malah beliau turut menulis di Mingguan Malaysia dan menjadi kolumnis di beberapa buah akhbar mingguan tempatan, antaranya dia pernah menemuramah dan menulis riwayat hidup pahit getir perjuangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar bin Baba di dalam sebuah akhbar tabloid.

Sejarah Awal Sudirman

Sejarah Awal Sudirman

Sudirman telah menceritakan kisah-kisah awal hidupnya melalui buku kartun Sejarah Awal Sudirman yang diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf pada tahun 1991. "Berbagai-bagai keterangan mengenai saya telah disiarkan di lipatan majalah dan muka akhbar. Ada yang benar, dan ada yang tidak. Adatlah, apabila orang kedua bercerita, kadang-kadang ada yang terkurang dan ada juga yang terlebih kata. Tetapi buku ini cerita saya dan dari mata pena saya sendiri. Ceritanya tentu akan merantaikan diri saya. Tetapi tidak apa, kerana cerita ini cerita benar tentang diri saya. Buku ini merangkumi hidup saya dari saat kelahiran saya hingga Mei 1972..." LAT, pelukis kartun tanahair yang ulung, merupakan sumber inspirasi beliau.

Dari Dalam... Sudirman

Dari Dalam... Sudirman

Cerita-cerita ini pertama kali disiarkan melalui ruangan Cetusan Rasa kelolaan Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang terbit seminggu sekali melalui akhbar BACARIA terbitan Karangkraf dari 5 Mei 1983 hingga 7 Ogos 1984. Edisi khas ini dibuat pada bulan Disember 1986 kerana Allahyarham ingin berkongsi luahan dan cerita untuk renungan bersama peminat yang menyayangi beliau.

Taming Si Budak Pintar

Sudirman memenangi Hadiah Pertama dalam Mobil-Malaysian Association of Book Publishers Awards, anugerah bagi novel sastera kanak-kanaknya iaitu Taming Si Budak Pintar pada tahun 1995, yang memuatkan pelbagai cerita kanak-kanak bagi melahirkan kanak-kanak pintar. Anak saudaranya, Johana Era Zainuddin menerima anugerah tersebut bagi pihak beliau dari Datuk Peter Tinggom.

Usahawan


Sudirman bersama minuman tin SUDI

Tiga perisa minuman tin SUDI iaitu Kola, Oren & Lemonade
Sudirman pernah menubuhkan Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd dengan modal kira-kira RM3 juta, yang mengeluarkan minuman tin berkarbonat jenama ‘‘Sudi’’. Kejayaannya dalam memasarkan ‘‘Sudi’’ telah mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda. Minuman ‘‘Sudi’’ yang terkenal telah mengambil 5 peratus pasaran minuman karbonat dalam masa 6 bulan beroperasi (dengan bantuan majalah bisnes dan program TV dari Australia ke Hong Kong mengiklankan minuman Sudi). [5]
Pada 9 Mac 1991, Sudirman telah mengadakan konsert di tapak Expo Air Keroh, Melaka. Konsert percuma anjuran SUDI Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Melaka itu, bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai atas sambutan mereka terhadap minuman jenama ‘‘Sudi’’.
Atas inisiatifnya juga, beliau telah membuka ‘‘Sudi Shoppe’’ di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur dengan menjual beraneka barangan yang berkaitan dengan penampilan bintang popular dan ‘merchadising’ keluaran dirinya, termasuk cermin mata hitam yang fleksibel.
Syarikatnya merancang untuk mengeluarkan ‘‘Sudi Rasa’’ - iaitu makanan dalam tin seperti sardin, santan kelapa, buah-buahan, koktel dan mee segera. Dilaporkan ada juga rancangan untuk minyak masak, sos tomato dan sos cili istimewa. Beliau dikatakan memiliki restoran yang dinamakan Restoran Selera Sudi terletak berhampiran pejabat urusannya, Sudirman Productions di Taman Sri Hartamas.
Tahun 1983, Sudirman menubuhkan syarikatnya ‘‘Sudirman Productions’’ dengan hanya seorang pekerja. Tahun 1987, Sudirman menghasilkan sebuah album berjudul Sahabat untuk anak saudara kesayangannya Atai (Razman Azrai Zainudin) di bawah Sudirman Productions. Beliau bersama pengurusnya, Mike Bernie Chin bercita-cita menerbitkan video yang merakam aksinya ketika konsert. Walaubagaimana pun pada Mac 1987, Mike Bernie mengundurkan diri daripada menjadi pengurus Sudirman setelah ia merasa Sudirman tidak dapat 'diurus' lagi. Kemudian Sudirman melantik Dharanee Dharan Kannan sebagai pengurusnya sehingga Jun 1991 apabila Dharanee meletakkan jawatan. Sejak itu Sudirman mahu mengurus sendiri semua kegiatan hiburannya.
Malangnya setelah Sudirman jatuh sakit, perniagaannya - Sudirman Productions dan SUDI Sdn. Bhd. telah ditutup pada September 1991.

Senarai Lagu


Namamu Tetap Dikenang


Trofi
Nama Sudirman Haji Arshad terus bersemadi di dalam hati peminatnya. Beliau masih bergelar ‘‘Penghibur Nombor 1 Asia’’ yang sukar dicari ganti.
Setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Raya Aidilfitri, kita akan teringatkannya. Menjelang Hari Raya Aidilfitri, rakyat Malaysia turut sama menyanyi apabila mendengar lagu nyanyian Sudirman, ‘‘Balik Kampung’’, ‘‘Selamat Hari Raya’’ dan ‘‘Dari Jauh Ku Pohon Maaf’’ berkumandang di radio dan TV. Tatkala sambutan Hari Kemerdekaan, lagu patriotik seperti ‘‘31 Ogos’’ dan ‘‘Warisan’’ masih dimainkan.
Seperti ibunya, Sudirman diabadikan di ‘‘Muzium Tokoh Pahang’’, di Kuantan sebagai mengenang jasanya dalam bidang seni kepada bangsa dan negara. Tempat ini mempamerkan barang-barang berharga seperti trofi Anugerah Penghibur Terbaik Asia milik Sudirman.[6]
Pada tahun 1992, sebuah buku biografi yang bertajuk ‘‘Detik Terakhir Sudirman’’ telah ditulis oleh En. Ghafar Nin dan Cik Amira Muhamad. Buku ini juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri daripada Sudirman untuk dijadikan kenangan khusus buat peminatnya.
Pada 23 Mei 2002, EMI Malaysia, Arkib Negara dan Istana Budaya telah bekerjasama dalam menjayakan Majlis Pengkisahan dan Pameran Sudirman di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman selama sebulan sempena 10 tahun pemergian Sudirman. Objektif pameran dan pengkisahan buat julung kalinya itu juga adalah untuk mengumpul dan mendokumentasikan maklumat berkaitan Allahyarham Sudirman melalui penceritaan dari keluarga, sahabat serta koleksi barangan peribadi beliau.
Jasa Sudirman turut dikenang menerusi majlis Anugerah Kecapi 2006 anjuran Papita yang menganugerahkannya secara rasmi dengan gelaran ‘‘Penghibur Nasional’’.

Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir


Poster yang dikeluarkan oleh Istana Budaya
Pada tahun 2002, Siti Nurhaliza yang juga anak jati Kuala Lipis, Pahang telah mengadakan konsert ‘‘Untukmu Sudir’’ sebagai mengenang jasa buat Sudirman sebagai ‘‘Seniman Rakyat’’. Konsert ini juga bertempat di Istana Budaya dan dihoskan oleh Jaafar Onn, Habsah Hassan dan Yusni Jaafar. Beliau telah menyanyikan lagu-lagu Sudirman yang cukup sinonim apabila didengari seperti “Dir”, “Chow Kit Road! Chow Kit Road!”, “Big Spender In The Cabaret”, “Balik Kampung” dan “Salam Terakhir”.
Selain itu, pihak produksi juga ada menyiarkan beberapa klip video mengenai Sudirman, antaranya adalah temuramah daripada orang yang terdekat, kaum keluarga, penggubah lagu, komposer dan rakan-rakan. Antara yang hadir untuk menyaksikan konsert ini adalah kaum keluarga Allahyarham Sudirman sendiri. Menariknya, anak saudara Sudirman iaitu Atai telah memberikan kerjasama untuk menjayakan konsert ini dengan mendendangkan beberapa rangkap lagu oleh Sudirman.
Pada suatu ketika, Siti muncul di pentas dengan rangkaian baju yang sinonim dengan Sudirman, iaitu baju yang bercorakkan Jalur Gemilang. Baju ini dibuat semula dan direka oleh pereka fesyen kegemaran Sudirman iaitu Din Wahab. Siti juga turut menjemput para penonton untuk bersama dengan beliau di atas pentas bagi lagu yang bertajuk “Hujan”. Prop di atas pentas juga telah dibuat dengan begitu lancar dan tersusun. Pada akhir konsert, penonton telah menyaksikan tayangan klip video oleh Sudirman yang akhirnya menyebabkan Siti dan penonton yang lain terharu serta menitiskan air mata. Konsert yang berjalan selama dua hari ini telah mendapat kritikan balas yang positif serta berjaya mendapat anugerah “Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu” melalui lagu “Merisik Khabar”.

Trek Selebriti: Sudirman Dalam Memori

Pada tahun 2006, Astro Ria menerusi ‘‘Trek Selebriti’’ telah menyiarkan satu episod khas bagi memperingati sejarah hidup dan pembabitan Sudirman dalam bidang seni serta turut menampilkan secara eksklusif persembahan terakhir beliau yang belum pernah disiarkan di mana-mana stesen televisyen.

Penyiaran Slot ‘‘Sepanjang Jalan Kenangan... Penghibur Legenda’’

Sepanjang Mac 2007, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menyiarkan semula program-program nyanyian yang pernah dihoskan oleh Allahyarham Sudirman bagi mengimbau kembali perjuangan seni beliau. Ia bertujuan sebagai pembuka tirai kepada ‘‘Konsert Suara Hati Sudirman’’ yang telah diadakan pada 1hb April 2007.
  • Puspawarna 1984 (7 Mac 2007) - konsep "Sudirman dari sebuah bilik"
  • Mekar Sejambak Sudirman dan Atai 1985 (14 Mac 2007) - konsep muzikal mengenai sebuah kelab malam amatur yang diuruskan oleh Sudirman.
  • Istimewa Bersama Sudirman 1987 (21 Mac 2007) - Sudirman turut mendendangkan rangkaian lagu-lagu yang berbahasa Cina, Tamil, juga menyanyi sambil melukis bendera Malaysia.
  • Istimewa Bersama Sudirman 1988 (28 Mac 2007) - konsert bulanan secara langsung yang dikendalikan oleh penyanyi popular dan berbakat sahaja.

Konsert Suara Hati Sudirman

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengadakan “Konsert Suara Hati Sudirman” sebagai penghargaan kepada Sudirman. Konsert ini adalah bersempena dengan ulang tahun RTM yang ke-61 serta sambutan kemerdekaan yang ke-50. Konsert ini juga diterbitkan oleh Ain Sabrina serta membariskan pelbagai artis 18 artis popular tempatan pada masa kini. Pihak pengajur telah memilih Stadium Malawati, Shah Alam sebagai tempat untuk mengadakan konsert tersebut pada 1 April 2007, jam 8.30 malam. Selain itu, pentas untuk persembahan juga turut dihiasi dengan mood pencahayaan ketika ‘era Sudirman’. Selain itu, konsert ini juga tidak menggunakan hos tetapi dengan suara latar yang berpandukan skrip yang ringkas dan padat hasil tulisan Habsah Hassan.
Lagu pembukaan bagi konsert ini adalah “Dir”, nyanyian oleh Mawi dengan iringan Orkestra RTM. Antara arits lain yang turut menjayakan konsert ini ialah Ramli Sarip, Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Farawahida, Liza Hanim, Izwan Pilus, Nita, Dayang Nurfaizah, Faizal AF dan Bob
Antara lagu popular yang turut dinyanyikan ialah “Salam Terakhir” dan “Tanggal 31”, nyanyian Siti Nurhaliza. Di samping itu, Ramli Sarip telah menyanyikan lagu “Milik Siapakah Gadis Ini”. Seterusnya, Misha Omar telah mendendangkan lagu “Terasing” dan Liza Hanim dengan lagu yang bertajuk “Hujan”. Lagu “Apa Khabar Orang Kampung”, “Hidup Sederhana (Basikal Tua)”, “Aku Penghiburmu”, “Joget Kenangan Manis”, “Chow Kit Road! Chow Kit Road!”, “Kul It!”, “Jauh Di Sudut Hati”, “One Thousand Million Smiles”, “Merisik Khabar” dan “Di Dalam Sepi Itu” turut dinyanyikan oleh artis yang hadir.[7]

Bergelar Dato'

Pada 18 Jun 2009, beliau secara rasminya bergelar Dato' Sudirman Haji Arshad setelah pemergiannya selama 17 tahun. Kakaknya, Datin Rodziah Arshad menerima pengiktirafan itu sebagai mewakili beliau daripada Sultan Pahang (Sultan Ahmad Shah) di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.[8]

Biografi “Sudirman Arshad” di Saluran History

Pada tahun 2011, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bersama AETN All Asia Networks telah menerbitkan dokumentari di saluran History yang bertajuk “Sudirman Arshad”. Dokumentari yang berbentuk biografi ini telah disiarkan pada 20 Februari 2011 (Ahad), jam 10.00 malam. Selain itu, dokumentari ini juga menyiarkan beberapa klip gambar serta video yang menceritakan pengalaman pahit dan getir sepanjang perjalanan beliau di dalam bidang seni. Di samping itu, penonton akan menyaksikan sesi temuramah bersama beberapa teman rapat beliau serta memahami dengan lebih mendalam mengenai kisah beliau.[9]

Konsert Sudirman... Abadi Di Hati

Pada 24 Februari 2012, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah sekali lagi mengadakan konsert bagi memperingati beliau dengan iringan 40 pemuzik daripada Orkestra RTM. Konsert ini juga mengetengahkan lagu-lagu Sudirman yang jarang didengar oleh umum iaitu “Hilang Berganti”, “Hujan”, “Kehadiranku” dan “Jali Jali”. Konsert ini juga menyenaraikan penyanyi seperti Adibah Noor, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Alyah, Bob, Shila Amzah, Tomok, Black, Aril dan Rey (Bintang RTM).[10]

Diskografi


Lukisan mural Sudirman