1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan
itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah
cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota
kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan
menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan
sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda
telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa
yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama
pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat
bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat
seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya
tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar
untuk dimengertikan.
7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.
Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai
seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga
menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat
memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala
perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta
sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci
atau cinta sejati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan